APLIKASI INTERNET
MAKSUD INTERNET
·
Internet merupakan satu rangkaian besar dan umum
yang menghubungkan banyak rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia, ianya bersifat
awam dan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja.
·
Kegunaannya adalah alat untuk berkomunikasi dan
berkongsi pengetahuan
KEBAIKAN INTERNET
1. KEMUDAHAN MEMPEROLEHI SUMBER MAKLUMAT
·
Sumber maklumat seluruh dunia sangat meluas
·
Terdapat maklumat terkini diseluruh dunia hanya
beberapa minit sudah terpapar dalam media sosial seperti facebook, paper online
2. MEDIUM KEMUDAHAN BERKOMUNIKASI
·
Media komunikasi yang murah hanya memerlukan
rangkaian internet sahaja.
·
Cepat, tangkas dan efisyen dalam menghantar
maklumat tidak kira dimana dan bila.
·
Memerlukan medium aplikasi seperti whatapps,
wechat, facebook, the star online, gmail, yahoo mail, MOOC, skype dan
lain-lain.
APLIKASI INTERNET
DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)
·
Aplikasi yang digunakan dalam aktiviti
pembelajaran sebagai medium kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan
guru.
·
Contoh aplikasi internet, seperti facebook,
wechat, google, gmail, yahoo mail, e-learning, portal, MOOC dan lain-lain.
KEMUDAHAN APLIKASI
INTERNET
·
Komunikasi
·
Penghantaran dokumen
·
Media sosial
·
Perhubungan dua hala
·
Blog pembelajaran
TERDAPAT DUA KAEDAH KOMUNIKASI
MELALUI RANGKAIAN INTERNET
APLIKASI (ASYNCHRONOUS)
|
APLIKASI (SYNCHRONOUS)
|
Komunikasi berlaku bukan pada waktu yang sama
|
Komunikasi berlaku pada waktu yang sama
|
Contoh aplikasi perbincangan forum, email.
|
Contoh aplikasi skype, video call, voice call
|
Mempunyai masa untuk berfikir mengenai
maklumat yang ingin dibalas, mempunyai masa untuk rujuk nota untuk membalas.
|
Perbualan secara langsung dan terhad untuk
mencari idea. Terhad untuk berfikir.
|
Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
|
Masa yang singat untuk bertindak balas
|
REFLEKSI
Tedapat pelbagai kemudahan dalam
dunia teknologi pada masa kini. Disebalik kemudahan ini kita harus
menggunakannya kejalan yang betul. kerana jika tidak menggunakan ke jalan yang
benar buruk padahnya kerana terpengaruhi dengan anasir yang tidak baik.
Terdapat pelbagai aplikasi internet yang boleh kita gunakan dalam pembelajaran
salah satunya adalah facebook, wechat, skype, dan gmail. Saya menggunakan gmail
sebagai medium dalam (P&P) saya kerana terdapat pelbagai kemudahan dalam
aplikasi gmail. Dalam komunikasi internet terdapat dua cara aplikasi iaitu
aplikasi (synchrounous) dan aplikasi (asynchrounous). Synchronous merupakan komunikasi yang berlaku
pada waktu yang sama contoh penggunaan skype. Manakala Asynchronous pula
komunikasi yang berlaku bukan pada waktu yang sama contoh perbincangan forum.
Kedua-dua jenis komunikasi ini mempunyai kebaikannya. kebaikan bagi asynchronous
ialah memberi masa yang banyak untuk pelajar memberi maklum balas serta dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir dahulu tentang apa yang akan
diceritakan atau dikongsi. synchronous pula ialah memberi dorongan kepada
pelajar supaya tidak gugup untuk bercakap secara bersemuka . terdapat pelbagai
kemudahan aplikasi internet untuk digunakan kearah kebaikkan. Sekian, terima
kasih.
APLIKASI YANG SAYA GUNAKAN UNTUK AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P) ADALALAH GMAIL.
No comments:
Post a Comment