Pengenalan Rangkaian Komputer
Istilah Rangkaian (Networking
Terminology)
Definisi
Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang
berhubungan dengan media penghubung. Satu rangkaian mudah KELEBIHAN RANGKAIAN
Tujuan utama rangkaian adalah untuk berkongsi sumber dan membolehkan komunikasi
atas- talian (on-line). Sumber-sumber terdiri daripada data, aplikasi, dan
perkakasan. Perkakasan adalah peranti seperti pemacu cakera luaran, pencetak,
tetikus, atau modem. Komunikasi atas-talian terdiri daripada penghantara utusan
elektronik. Berikut merupakan beberapa kelebihan yang diperolehi daripada
rangkaian komputer:
a) Perkongsian Maklumat
Kebanyakan maklumat disimpan di dalam
komputer pusat (server). Menyimpan maklumat dalam server memudahkan pengguna
mencapai dan menguruskan fail-fail tertentu. Rangkaian membolehkan pengguna
mencapai maklumat dari mana-mana komputer dalam rangkaian. Kebanyakan rangkaian
mempunyai komputer tertentu yang membenarkan pengguna dari luar rangkaian membuat
perhubungan dengan menggunakan modem. Ini memudahkan pengguna mencapai maklumat
tertentu, untuk menjalankan tugas masing- masing, semasa mereka berada diluar
kawasan organisasi masing-masing. Sebahagian dari maklumat yang mungkin perlu
anda kawal pencapaiannya adalah seperti maklumat inventori, dokumen prosedur
syarikat, rekod kewangan, rekod pekerja, memo syarikat dan lain-lain lagi.
b) Perkongsian Sumber Perkakasan
Komputer dalam rangkaian dapat
berkongsi sumber dengan berkesan seperti berkongsi fax modem, pengimbas, cakera
keras, cakera liut, pemacu CD-ROM / DVD, unit tape-backup, pemplot dan
lain-lain peranti yang boleh dihubungkan kepada komputer. Sebelum ujudnya
rangkaian, pencetak perlu dipasang pada setiap komputer. Rangkaian membenarkan
perkongsian perkakasan dan dengan itu dapat menjimatkan kos pembelian
perkakasan.
c) Perkongsian Sumber Perisian
Sumber perisian dapat digunakan
dengan lebih berkesan jika dalam rangkaian. Bagi komputer-komputer yang
bersendirian, setiap komputer perlu dipasang dengan perisian yang digunakan.
Tetapi dalam rangkaian, perisian tertentu boleh dipasang dan dikonfigur pada
server sahaja dan dicapai oleh komputer-komputer lain, dan pemasangan perisian
pada server juga dapat mengawal bilangan pengguna program supaya tidak melebihi
bilangan lesen penggunaan perisian tersebut. Rangkaian menjadikan kerja
pemasangan perisian itu mudah kerana hanya perlu dipasang ke dalam server
sahaja.
d) Utusan Elekronik (E-Mail)
Pengguna rangkaian dapat bertukar-tukar
maklumat diantara satu sama lain iaitu berkomunikasi secara elektronik. Dokumen
elektronik boleh dilekatkan kepada utusan atau gambar, dibuat salinan dan
dihantar secara elektronik. Keupayaan e-mail telah meningkatkan penggunaan
Internet dikalangan masyarakat. Kemudahan sebegini banyak membantu dalam proses
komunikasi dan juga penghantaran maklumat dari satu tempat ke satu tempat yang
jauh dengan lebih pantas.
e) Keselamatan Data
Kebanyakan rangkaian dipasangkan
dengan program keselamatan. Program keselamatan akan mengawas dan melaporkan
kepada pentadbir rangkaian sebarang aktiviti yang tidak normal dalam rangkaian
berkenaan. Pentadbir rangkaian adalah seorang yang bertanggungjawab menguruskan
rangkaian. Capaian pada komputer yang bersendirian kerap membenarkan capaian ke
atas semua maklumat di dalamnya. Rangkaian menyediakan satu paras kawalan
keselamatan iaitu penggunaan kata-laluan (password). Setiap pengguna rangkaian
akan diberikan nama akaun dan kata-laluan yang berbeza, yang membolehkan server
rangkaian mengenalpasti capaian yang dibenarkan.. Pengurus rangkaian akan dapat
menyemak setiap pengguna yang mencapai maklumat dalam rangkaian tersebut.
f) Sokongan (Backup)
Rangkaian boleh digunakan untuk
membuat sokongan maklumat. Maklumat yang disokong adalah maklumat yang
tersimpan dalam server sahaja kerana integriti data dalam server adalah lebih
tinggi dari yang tersimpan dalam setiap komputer pengguna.
Set
up network
1. End Nodes
-
untuk data masuk dan keluar seperti mesin ATM.
-
Tidak melakukan process data hanya menerima data
dan keluar data sahaja.
2. Transmission
Media
-
transmission media untuk mengawal isyarat
line(signal).
-
terdapat dua jenis iaitu bounded (wired) dan
unbounded (wireless).
3. Network electronics devices.
-
Bertanggungjawab untuk mengawal data dari sumber
ke destinasi
-
Untuk menyambung pelbagai rangkaian bersama-sama
atau untuk menyambung komputer atau rangkaian ke internet
-
Seperti bridges, routers, multiplexers,
switches, Hubs, getaways, front end process.
4. Software or applications.
-
Aplikasi pada end Nodes. biasanya melibatkan
teknik dan protocol
-
Protokol menentukan peraturan dan prosedur untuk
menghantar data, menamatkan data, mentafsirkan data, data masa kini dan kesilapan
kawalan.
-
Perisian dalam fungsi rangkaian untuk memastikan
data adalah dihantar ke destinasi masing-masing
-
untuk mengawal penghantaran data
5. Network architecture standards @ protocols.
-
seperti peer to peer dan client and server .
-
peer to peer
Ø
tiada pengawalan pusat atau server dalam
rangkaian. Pengguna berkongsi maklumat
seperti shared devices mengikut kesesuaian masing-masing.
Ø
Tidak perlu tambah kos untuk membeli server atau
perisian yang mahal.
-
Client and server
Ø
Terdiri dari client dan server yang
menyokongnya.
Ø
Rangkaian client-server mempunya server
berdedikasi kepada rangkaian yang menyediakan keselamatan dan kemudaha
perkongsian sumber.
Ø
Server berdedikasi adalah komputer yang
berfungsi sebagai server dan tidak sebagai client.
Ø
Tugas pemprosesan dibahagi diantara server dan
client.
Ø
Client selalunya dipanggil front end memohon servis seperti fail dan mencetak dan server
dipanggil back end akan memberi
servis yang diminta.
Tahap
keselamatan rangkaian peer dan rangkaian client-server
|
peer
|
Client-server
|
Kurang selamat kerana menggunakan keselamatan paras
berkongsi (shared level security)
|
Menggunakan keselamatan paras-fail (file-level
security) atau keselamatan kebenaran mencapai(access permission security)
|
Pengguna boleh menetapkan kata laluan untuk
mencapai sumber dalam rangkaian tetapi pengguna ini tidak boleh mengawal
pengguna yang mana satu untuk mencapai sumber tersebut.
|
Hanya perlukan satu kata laluan untuk mencapai
semua sumber dalam rangkaian
|
Jenis komputer network
·
Terdapat EMPAT jenis komputer network antaranya
ialah PAN (Personal Area Network), LAN (Local Area Network), MAN (Metropolitan Area Network) dan WAN (Wide Area Network).
JENIS
|
PENERANGAN
|
GAMBAR
|
1. PAN (Personal Area
Network)
|
·
Menhubungkan antara dua atau lebih sistem
komputer yang berjarak tidak terlalu jauh.
·
Coverage line berjarak antara 4 sampai 6 meter
saja.
·
Jenis jaringan ini sangat sering kita gunakan.
contohnya menghubungkan handphone dengan komputer.
|
|
2. LAN (Local Area Network)
|
·
jaringan LAN ini sangat sering kita temui di
pejabat dan rumah.
·
membolehkan rangkaian satu komputer atau lebih
dalam coverage yang agak kecil.
|
|
3. MAN (Metropolitan Area
Network)
|
·
Jenis jaringan komputer MAN ini direka untuk
kawasan bandar contoh seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan
transfer data berkecepatan tinggi.
·
MAN juga merupakan gabungan antara beberapa
jaringan LAN seperti Kolej antara kolej dengan MAN.
·
Coverage line
jaringan MAN biasanya 10 - 50
kilometer.
|
|
4. WAN (Wide Area Network).
|
·
WAN adalah jenis jaringan komputer yang
coverage area terbesar.
·
Contohnya adalah jaringan yang menghubungkan
suatu wilayah atau suatu negara dengan negara lainnya.
|
|
Network Topology
a) Topologi bus
·
Topologi bas atau bas linear, topologi paling
mudah.
·
Terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai
semen atau backbone yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam
satu barisan.
·
Komputer di dalam topologi ini berkomunikasi
dengan cara mengalamatkan data kepada satu komputer tertentu dan kemudian
meletakkan data tersebut pada kabel dalam bentuk isyarat elektronik.
·
Tiga konsep dalam linear bus pertama
penghantaran isyarat kedua lantunan isyarat dan ketiga terminator.
·
Penghantar isyarat data dalam rangkaian berada
dalam bentuk elektronik, dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian.
Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang
sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer
sahaja yang boleh menghantar isyarat atau dalam tempoh satu masa.
·
Lantunan isyarat data yang berupa isyarat
elektronik yang dihantar ke seluruh rangkaian, akan bergerak dari pangkal
hingga ke hujung kabel rangkaian. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat
ini akan melantun kehadapn dan kebelakang disepanjang talian tersebut.
·
Terminator untuk menghentikan isyarat ini dari
melantun, terminator diperlukan pada kedua-dua hujung kabel tersebut.
Terminator berfungsi untuk menyerap isyarat yang telah dihantar agar ia tidak
melantun dan menggangu komputer lain yang sedang menunggu giliran untuk
menghantar data.
b) Topologi star
·
Dalam topologi bintang semua kabel penyambung
dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semuanya akan disambung
ke peranti yang dikenali sebagai hub.
·
Toplogi Bintang Setiap komputer di dalam
topologi bintang berkomunikasi dengan hub pusat yang akan menghantar utusan
samada kesemua komputer (dalam rangkaian bintang broadcast) atau hanya kepada
destinasi komputer tertentu sahaja (dalam rangkian bintang switch).
·
Hub dalam rangkaian bintang broadcast terdiri
dari dua jenis iaitu jenis pasif atau aktif. Hub jenis aktif menjana semula
isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian.
·
Hub ini juga dikenali sebagai multiport repeater
. Hub dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi. Hub
jenis pasif, seperti panel pendawaian atau blok punch-down, hanya bertindak
sebagai punca penyambungan yang tidak menguatkan atau menjana semula sebarang
isyarat yang melaluinya.
·
Ia juga
tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.
c) Topologi ring
·
Setiap komputer dalam topologi gelung disambung
kepada komputer selanjutnya secara berturutan, dan komputer terakhir akan
bersambung semula dengan komputer pertama.
·
Topologi
gelung diguna untuk menghasilkan rangkaian yang berprestasi tinggi, iaitu
rangkaian yang memerlukan bandwidth yang khas untuk ciri-ciri seperti video dan
audio, atau prestasi tinggi diperlukan apabila ramai pengguna mencapai
ragkaian.
·
Setiap komputer menerima isyarat dari komputer
sebelahnya dan menghantar isyarat tersebut kepada komputer selanjutnya. Utusan
ini bergerak pada satu arah dalam bulatan.
·
Oleh kerana setiap komputer menghantar semula
isyarat yang diterimanya, maka topologi gelung adalah merupakan rangkaian yang
aktif.
·
Tiada terminator diperlukan kerana tiada
penghujung kepada gelung. Sebahagian rangkaian gelung melakukan penghantaran
token (token passing).
·
Utusan yang pendek yang dipanggil token
diedarkan kesekeliling gelung sehingga sebuah komputer berhasrat untuk
menghantar utusan itu kepada satu komputer tertentu.
·
Komputer berkenaan akan memodifikasikan token
tersebut secara menambahkan data dan alamat elektronik kepada utusan berkenaan.
·
Utusan ini bergerak dalam edaran gelung dari
satu komputer kepada komputer selanjutnya, sehinggalah alamat elektronik tersebut
sepadan dengan alamat komputer atau token itu akan kembali kekomputer asal yang
menghantarnya dalam edaran.
·
Komputer yang menerima token tersebut akan
menghantar satu utusan penerimaan kepada komputer penghantar.
·
Komputer
penghantar ini akan mencipta token lain dan menghantarnya kerangka untuk
diedarkan.
·
Token tersebut akan terus beredaran sehingga ada
komputer yang bersedia menerimanya.
d) Topologi Mesh
·
Topologi mesh mempunyai sambungan lebihan
(redundant links) di antara peranti-peranti. Konfigurasi mesh yang sebenar,
mempunyai sambungan di antara setiap peranti dalam rangkaian.
·
Ini akan menjadi sangat rumit jika bilangan nod
bertambah. Oleh itu kebanyakan rangkaian mesh bukan merupakan rangkaian mesh
yang sebenar, malahan lebih merupakan rangkaian mesh hybrid, yang mempunyai
banyak sambungan lebihan, tetapi tidak untuk semua peranti.
e) Topologi Tree
·
Cara kerja dari topologi tree ini akan berbentuk
dalam sebuah jaringan komputer yang menggunakan sistem pohon bercabang.
Topologi tree ini mempunyai sistem yang bertingkat dimana penggunaannya
digunakan sebagai media interkoneksi antara sentral. Dimana dalam interkoneksi
tersebut terdapat hierarki yang berbeza.
·
Analogi dari pernyataan sebelumnya yakni apabila
terdapat lokasi atau tempat yang rendah maka hierarki yang didapatkan juga akan
rendah. Begitupun sebaliknya, semakin tinggi tempat atau lokasi suatu jaringan
maka hierarki yang didapatkan juga akan semakin tinggi. Hal ini membuat
topologi tree sangat sesuai diaplikasikan atau diterapkan pada sistem jaringan
bahkan sangat bagus juga untuk digunakan sebagai jaringan WAN. Cara kerja dari
topologi tree ini akan berbentuk dalam sebuah jaringan komputer yang
menggunakan sistem pohon bercabang. Topologi tree ini mempunyai sistem yang
bertingkat dimana penggunaannya digunakan sebagai media interkoneksi antara
sentral.
Perbandingan topologi rangkaian komputer
Topologi
Bus
|
Kelebihan
|
kelemahan
|
Ringkas, boleh diharap dalam binaan rangkaian yang kecil, mudah
digunakan dan difahami
|
Trafik rangkaian yang banyak menjadikan bus tersangat lambat. Kerana
mana-mana komputer boleh menghantar signal pada bila-bila masa untuk
menghantar signal ini akan mengganggu satu sama lain
|
Kabel untuk menyambung komputer tidak perlu banyak, oleh itu harga
lebih murah
|
Setiap penyambung barrel melemahkan signal, jika terlalu banyak
penyambungan boleh menyebabkan signal tidak diterima dengan betul
|
Mudah untuk meluaskan bas. Dua kabel boleh disambung untuk menjadi
lebih panjang dengan menggunakan barrel BNC
|
Sukar dibaik pulih
|
Topologi
Star
|
Kelebihan
|
kelemahan
|
Mudah untuk diubahsuai dan menambahkan komputer dalam star tanpa
menganggu rangkaian
|
Jika pusat hub star gagal, rangkaian turut gagal
|
Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat star
|
Memerlukan peranti dipusat star untuk rebroadcast atau tukarkan
(switch) trafik rangkaian
|
Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian
|
Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.
|
Topologi
Ring
|
Kelebihan
|
kelemahan
|
Oleh kerana setiap komputer diberi keutamaan yang sama untuk mencapai
token, tiada satupun komputer yang boleh monopoli rangkaian
|
Kegagalan satu komputer menyebabkan rangkaian gagal
|
|
Tidak mudah untuk membaiki pulih jika rosak
|
|
Menambahkan atau mengurangkan komputer akan menganggu rangkaian
|
Topologi
Mesh
|
Kelebihan
|
kelemahan
|
Tahan lasak contoh kegagalan media tidak begitu mengganggu rangkaian
jika dibanding dengan topologi yang lain
|
Tidak mudah untuk install dan konfigur semula( terutama jika bilangan
komputer banyak)
|
Mudah untuk dibaik pulih
|
Kos menyelenggara sambungan berulang adalah tinggi
|
Topologi
Tree
|
Kelebihan
|
kelemahan
|
Mudah dirangkaikan kepada komputer lain menjadi jaringan yang luas
|
Penyelenggaraan mahal kerana menggunakan banyak kabel dan Hub
|
Dapat mengetahui dengan mudah sesuatu kerosakkan atau kesalahan
|
Hub menjadi peranan penting
|
Internet
·
Internet merupakan satu rangkaian besar dan umum
yang menghubungkan banyak rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia, ianya bersifat
awam dan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja.
Intranet
·
Intranet pula adalah satu rangkaian komputer
yang tertutup dan boleh dicapai oleh orang atau pihak
yang tertentu sahaja, contohnya
rangkaian komputer sebuah universiti yang menghubungkan semua jabatannya di
seluruh kampus.
Ekstranet
·
Ekstranet adalah jalinan antara beberapa intranet, contohnya jalinan antara
rangkaian komputer yang terdapat disebuah universiti dengan
universiti-universiti yang lain
Ketiga-tiga
Internet, intranet dan ekstranet menggunakan satu teknologi sama yang pada
umumnya dikenali sebagai teknologi Internet ataupun protokol Internet.
Ethernet pula merupakan
satu bentuk rangkaian kawasan setempat (local area network atau LAN) yang
menghubungkan satu kumpulan komputer contohnya di sebuah pejabat. Networks atau
rangkaian pula adalah satu istilah umum yang merujuk kepada dua atau lebih
komputer yang dihubungkan antara satu sama lain.
REFLEKSI
Hasil daripada pembelajaran tajuk
computer networking saya dapat mengetahui jenis-jenis rangkaian networking.
jenis rangkaian haruslah sesuai diguna pada tempat yang sesuai. Saya juga
diberi peluang untuk membuat topologi semasa aktiviti didalam kelas mengguna
tali dan kertas, ahli kumpulan saya membuat topologi star. Aktiviti seperti
akan memberi lebih kefahaman kepada diri saya kerana mengalami sendiri untuk
membuat topologi yang bersesuai dengan keadaan persekitaran. Oleh itu,
pengalaman seperti ini akan saya gunakan dimasa akan datang sebagai guru
sekolah.